CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 7, 2009

tunjuk ajar dari babahku

salam...
minggu lepas dalam 4-5 hari aku dok kat kampung, kampung balun slim river perak. dalam tempoh itu banyak ilmu yang aku dapat, terutama dari babahku, iye lah kata orang, dok kat mane-mane pun kita kena cuba cari ilmu, bukan untuk sesiapa pun, untuk diri sendiri jugak kan, tapi ilmu yang kita ada wajar kita sebarkan kat sesiapa pun, iye lah mana lah taw bleh jadi sumber kekuatan atau inspirasi pada sesiapa saje. maklumlah kita manusia nie ada macam-macam situasi, mungkin positif, dan mungkin nagatif..

macam nie lah, kita terus kepada apa yang sebenarnya yang saye nak kongsi, banyak sgt meleter pun xelok.. banyak ckap banyak salah, banyak salah banyaklah dosa nye kan... kite semua xmo dosa kan.. baik kita terus je kepada perkara yang asal.. dalam hari ke3 kat sana, sy ikut babah g menoreh getah, yelah sblom nie dye xkasi ikut, katenye susah. tapi pada hari tu, babah ajak saya, jadi g la ikut dia g menoreh.. rupe2 nyer mmg susah btol noreh nie... patut pun babah xnak bwk sy g slama nie, huhuhu...

dalam-dalam dok yg cuba noreh dengan paling cantik skali, babah borak ngan saya, bukan senang nak borak ngan babah, coz babah xgemar berborak, jadi bila dye ajak berborak tu, sya borak je lah.. babah taw sya ada masalah sikit dalam membina kerjaya sya, coz kerjaya sya bru je nak bermula jadi agak sukar, jadi babah cite lah pengalaman hidup dye, mmg bila dengar, rupe-rupenya agak payah jugak kisah hidupnya, tp dye berpegang pada 5 perkara.. antara nya adalah..

- bila kita berdiri biarlah setinggi-tingginya
- bila kita duduk biarlah serendah-rendahnya
- bila kita berjalan biarlah seperlahan-lahannya
- bila kita berlari biarlah selaju-lajunya
- bila kita tidur biarlah sesunyi-sunyinya.

klu nak huraikan skarang xsempat nanti, mase sy kat cc nie dah nak times up da, jadi sy biar kalian berfikir dula apa yang tersirat disebalik kata-kata tu, nanti sy akan terang kan dgan sejelas-jelasnya, insyaAllah.. pikir dulu taw... ok... slamat berfikir ye...

salam..............

Wednesday, October 14, 2009

11 JULAI 2009

ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH...

syukur ke hadrat Allah Yang Maha Besar, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad, khatimul anbiyak saw, serta ahlul bayt baginda yang amat dikasihi, dihormati dan disanjungi selagi hayat masih ada. Dengan limpah kurnia dan kemurahan yang diberikan kepadaku, dapat aku menukilkan kembali serta memeriahkan blog yang sekian lama tidak berusik..... hmmmm

pada 11 Julai 2009, hari sabtu, selepas Zohor, adalah hari, tarikh dan waktu yang begitu bermakna kerana aku telah selamat menjadi tunangan orang. hahaha, dengan itu sedarlah bahawa aku dah tak leh nak menggatal lagi... huhuhu.... kahwin???? masih dalam perancangan kedua-dua belah pihak...

aku menghantar 11 dulang hantaran yang diserikan dengan warna keemasan dan dibalas pula dengan 11 dulang hantaran juga dari pihak wanita yang amat aku sayangi dimeriahkan dengan warna merah jambu... ada rama-rama lagi.. majlis berlangsung dirumah si dia, di Perak Darul Ridzuan.

disini, amatlah aku mengharapkan dari kalian yang membaca agar sama-sama berdoa kepanjangan usia, kemurahan rezeki dan rahmat dan keredhaan dari illahi, agar dapat aku melangkah setapak lagi untuk melengkapkan sebahagian dari imanku. yang mana sekali gus menjadi pelindung kepada dia yang aku cintai.

oleh itu, aku sudahi dengan lafaz,,,,,,,
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

RENUNGILAH

renungilah ini.. semoga dapat berlapang dada dan lebih tabah menghadapi segala cabaran dalam melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik.....sesungguhnya Allah itu maha penyayang.

YA ALLAH

KENAPA AKU DI UJI??
apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "kami telah beriman" sedangkan mereka masih belum diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang berdusta
( al-ankabut : 2-3 )

BERATNYA UJIAN INI
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ( al-baqarah : 286 )

KENAPA SELALU TAK DAPAT APA YANG DIINGINKAN?
boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.
( al-baqarah : 216 )

FRUST BETULLAH..!!!
janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.
( ali-imran : 139 )

BAGAIMANA NAK HADAPI SEMUA NI????
wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu ( dalam melakukan kebajikan dan menghadapi kesukaran ) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dan bersiap-sedialah. dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mencapai kemenangan
( ali-imran : 200 )

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI???
sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin diri dan harta mereka, dengan memberikan syurga untuk mereka.
( at-taubah : 111 )

KEPADA SIAPA AKU NAK MENGADU????
cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain dari Nya. hanya kepadaNya aku bertawakkal.
( at-taubah : 129 )

AKU DAH TAK TAHAN LAGI MACAM NI!!!!
...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada putus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir..
( yusuf : 87 )

TERTAWA DI DUNIA, MENANGIS DI AKHIRAT

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. lampu hati tidak bersinardan akhirnya terus tidak menyala. Maka hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad saw melarang umatnya dari gelak ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, ketawa menyebabkan hilangnya akal dan ilmu didada. Barangsiapa ketawa terbahak-bahak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu yang dia telah perolehi.

"Tertawa di masjid menggelapkan suasana di kubur kelak." demikian yang telah ditegaskan oleh junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh masa yang amat panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga.

Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ke neraka. Betapa kita dalam kegelapan disana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak didunia..


Wallahu a'lam.. Fi Amanillah

Friday, January 23, 2009

detik hati

Ya Allah kau sudah pun temukan
aku dengan seorang yang cukup memahami diriku,
senang bertolak ansur dan menghormati diriku.

namun hari ini telah pun terjadi satu perkara
yang mana telah membuat pandangannya
terhadap diriku sedikit berubah Ya Allah.

tapi aku mohon Ya Allah,
biar lah pandangannya sahaja
yang berubah terhadap diriku
tetapi bukan hatinya Ya Allah.

aku amat menyayangi dirinya.
Kau Maha Mengatahui Ya Allah.
kepada diriMu sahaja aku memohon. Amin..

Tuesday, January 13, 2009

luahan hati.:-)

Ya Allah,
Hatiku yang selama ini,
Penuh dengan keraguan,
telah kau hilangkan,
malah,
kau gantikan ia,
dengan keyakinan yang
berpanjangan.

Ya Rabbul Izzati,
telah kau tunjukkan padaku,
insan yang jujur,
benar-benar mengasihi,
dan hatinya penuh kasih sayang.

jika benar,
dia telah diciptakan untukku,
maka,
benarkanlah aku mencintainya,
setulus hatiku,
izinkanlah dia menetap
dihatiku,
tanpa memandang sepi,
kasihMu Ya Allah,
dan juga syafaat kasihMu.

Ya Rahman,
kini,
hanya satu pinta hati,
Rahmati dan Redhai,
perhubungan ini,
biarlah ia abadi,
hingga akhir nanti,
hingga kami bertemu di syurga firdaus Mu,
biar hanya mati,
yang dapat memisahkan kami Ya Allah.

aku taat pada takdirMu,
aku patuh pada kalamMu,
tetapkanlah hatiku...
amin...

karangan penjaga hati..