CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 1, 2008

SIFAT REDHA

Sifat Redha

Sifat Redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah
s.w.t. Pengetian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa
yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan (hukum) mahupun
qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. Redha terhadap Alla
s.w.t. terbahagi kepada dua iaitu:

1. Redha menerima peraturan (hukum) Allah s.w.t. yang dibebankan
kepada manusia.
2. Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

1. Redha menerima hukum Allah s.w.t.

Redha menerima hukum-hukum Allas s.w.t. adalah merupakan manifastasi
daripada kesempurnaan iman, kemuliaan takwa dan kepatuhan kepada Allah
s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang
hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa. Mereka tunduk dan patuh
dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang
menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t dan Rasul-NYA adalah
memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t dan inilah
tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepada-NYA. Pada dasarnya
segala perintah Allah s.w.t baik yang wajib mahupun yang sunat,
hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga
dengan larangan-larangan Allah s.w.t hendaklah dijauhi dengan lapang dada.

2. Redha dengan Qada'

Redha dengan qada' merasa menerima ketentuan nasib yang telah
ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah
(malapetaka) . Di dalam hadis yang diungkapkan bahawa di antara orang
yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t
iaitu mereka memuji Allah s.w.t (bertahmid) baik dalam keadaan yang
susah mahupun di dalam keadaan yang senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w apabila memperolehi kegembiraan Baginda
berkata: " Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-NYA menjadi
sempurnalah kebaikan". Dan apabila mendatangkan perkara yang tidak
menyenangkan, Baginda mengucapkan: "Segala puji bagi Allah atas segala
perkara".

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t
ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan
bersandar kepada 2 pengertian:

PERTAMA: Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah
s.w.t memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi diri-NYA
kerana DIAlah sebaik-baik Pencipta. Dialah yang Maha Bijaksana atas
segala sesuatu.

KEDUA: Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah
s.w.t itulah yang paling baik, dibandingkan dengan pilihan dan
kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sunday, August 31, 2008

formula PuMuDa MuSliM BerJayA

G.E.M.I.L.A.N.G

G - GAGAH (kuat utk menhadapi cabaran hidup)

E - EMOSI (kawal emosi/ jaga emosi)

M - MALU (mempunyai perasaan malu)

I - IMAN (sentiasa berusaha meningkatkan iman kpd Allah)

L - LUHUR (membuat sesuatu dgn seikhlas mungkin)

A - AMAL SOLEH (sentiasa berterusan)

N - NIAT ( lilla hil taala)

G - GIGIH (jgn muda putus asa)

formula ini adalah hasil pengalam sy hidup selama 21 tahun di atas muka bumi Allah yang bertuah ini. mungkin sy blom cukup sempurna hendak memberi nasihat sekarang. tapi jika sy xmulakan sekarang biler lagi. so klu sesiapa mempunyai buah pemikiran yang lain bleh ar kiranya dikongsi. kita manusia nie hidup di muka bimi ini sentiasa dalam kekurangan, jadi dengan pengkongsian kita akan sentiasa saling melengkapi. insyaallah..

sejarah hidup

nama masih lagi seperti yang d terima ketika lahir dahulu tidak terfikir untuk menukar nya, iaitu wan amirul hafizuddin wan azmi. umur untuk tahun ini adalah 21 tahun. tahun depan kira sendiri ar ok. erm masih lagi blajar di sebuah kolej, di sekitar taman maluri cheras, kuala lumpur. didalam aliran pengajian syariah. stakat nie masih lagi menetap bersama keluarga di sebuah rumah yg serba sederhana, tetapi cukup bahagia di ampang kuala lumpur. mempunyai 5 adik beradik dan yg paling tua dikalangan adik beradik yang lain. hobi..?? bercakap. membebel, dan membuat aktiviti yang mencabar. seperti kaco buaya tido, menjadi pelerai harimau bergadoh dan memandikan kambing. manakala minat lak, berdebat bkn berbalah taw, membaca buku (tapi komik je) dan menaip.(taip msg hdfon je).