CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 1, 2008

SIFAT REDHA

Sifat Redha

Sifat Redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah
s.w.t. Pengetian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa
yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan (hukum) mahupun
qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. Redha terhadap Alla
s.w.t. terbahagi kepada dua iaitu:

1. Redha menerima peraturan (hukum) Allah s.w.t. yang dibebankan
kepada manusia.
2. Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

1. Redha menerima hukum Allah s.w.t.

Redha menerima hukum-hukum Allas s.w.t. adalah merupakan manifastasi
daripada kesempurnaan iman, kemuliaan takwa dan kepatuhan kepada Allah
s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang
hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa. Mereka tunduk dan patuh
dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang
menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t dan Rasul-NYA adalah
memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t dan inilah
tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepada-NYA. Pada dasarnya
segala perintah Allah s.w.t baik yang wajib mahupun yang sunat,
hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga
dengan larangan-larangan Allah s.w.t hendaklah dijauhi dengan lapang dada.

2. Redha dengan Qada'

Redha dengan qada' merasa menerima ketentuan nasib yang telah
ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah
(malapetaka) . Di dalam hadis yang diungkapkan bahawa di antara orang
yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t
iaitu mereka memuji Allah s.w.t (bertahmid) baik dalam keadaan yang
susah mahupun di dalam keadaan yang senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w apabila memperolehi kegembiraan Baginda
berkata: " Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-NYA menjadi
sempurnalah kebaikan". Dan apabila mendatangkan perkara yang tidak
menyenangkan, Baginda mengucapkan: "Segala puji bagi Allah atas segala
perkara".

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t
ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan
bersandar kepada 2 pengertian:

PERTAMA: Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah
s.w.t memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi diri-NYA
kerana DIAlah sebaik-baik Pencipta. Dialah yang Maha Bijaksana atas
segala sesuatu.

KEDUA: Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah
s.w.t itulah yang paling baik, dibandingkan dengan pilihan dan
kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.